APMM Sahkan Dua Anak Kapal MV Dayang Topaz Meninggal Sunia

- Advertisement -

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan seorang lagi anak kapal platform MV Dagang Topaz, yang merempuh sebuah pelantar minyak di perairan Kuala Baram awal hari ini, meninggal dunia, menjadikan jumlah anak kapal yang maut akibat kejadian itu seramai dua orang.

APMM, dalam kenyataan, berkata kematian mangsa kedua hanya dapat disahkan pada jam 5.40 petang susulan kejadian itu pada jam 6.45 pagi tadi.

“Maklumat terkini oleh Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) di Putrajaya, kedua-dua mangsa diterbangkan ke Lapangan Terbang Miri menggunakan pesawat AW189 PETRONAS dan mendarat jam 5.40 petang tadi.

“Kedua-dua mangsa warganegara Malaysia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

APMM berkata identiti kedua-dua mangsa itu tidak dapat didedahkan bagi menghormati keluarga mereka dan mayat mangsa diserahklan kepada pihak polis di Miri untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, dilaporkan MRCC Putrajaya menerima maklumat kejadian itu daripada pengendali kapal pada jam 6.45 pagi sebaik menerima isyarat kecemasan daripada kapal tersebut.

Ketika kejadian, dilaporkan 187 anak kapal berada di atas kapal sebelum 125 anak kapal bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri manakala 62 lagi terus berada di dalam kapal.

Laporan awal menyebut seorang anak kapal yang terjun ke laut disahkan meninggal dunia manakala empat lagi hilang.

Bagaimanapun, empat yang dilaporkan hilang ditemukan selamat beberapa jam selepas itu berhampiran kawasan kejadian – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat