Pas sedia tanding solo di Melaka jika rundingan kerjasama dengan BN gagal – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pas bersama rakan komponennya sedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya rundingan kerjasama termasuk Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera parti dan rakan komponen telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk jika kerjasama politik dapat diwujudkan atau sebaliknya.

“Bagi kami, itu hak Barisan Nasional (BN) untuk menga­da­kan perundingan dengan mana-mana pihak. Pas bersedia sama ada kerjasama atau sebaliknya.

“Apa yang penting, jentera parti dan rakan komponen te­lah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan kita perlu berdiri di atas kekuatan sendiri,” katanya memetik Utusan pada Isnin.

Media sebelum ini melapor­kan, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi men­gesahkan gabungan itu akan mengadakan rundingan dengan dua pihak secara bera­singan minggu depan bagi membincangkan kerjasama meng­hadapi PRN Melaka.

Zahid berkata, ke­dua-dua pertemuan itu diatur pada tarikh dan waktu berbeza serta akan diwakili Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti dua pihak berkenaan sama ada membabitkan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau parti lain.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, persiapan jentera Pas bagi menghadapi PRN Me­laka sudah dimulakan sebelum PRN Negeri Sembilan lagi.

“Bahkan, kami yakin rakyat akan terus bersama Pas dan rakan komponen dalam menghadapi PRN Melaka,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat