JPBM Kelantan Pantau 595 Lokasi Sering Dilanda Banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah mula melakukan pemantauan di 595 lokasi kawasan ‘panas’ yang sering dilanda banjir sebagai persiapan awal menghadapi Monson Timur Laut.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pemantauan itu melibatkan di kawasan kampung-kampung yang sering dilanda banjir terutamanya di Rantau Panjang, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai dan Pengkalan Kubor.

Menurutnya, pada masa yang sama persiapan keanggotaan meliputi latihan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua berada dalam terbaik.

“Selain itu, latihan melibatkan operasi pengurusan jenazah semasa banjir turut dilakukan oleh anggota JBPM negeri.

“Setakat ini, kekuatan anggota kita mencukupi iaitu seramai 1,300 anggota operasi dan 2,200 ahli bomba komuniti serta 65 pesara bomba yang sudi membantu secara sukarela di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan September 2022 di Dewan Utama JBPM Kelantan di sini hari ini.

Zainal memberitahu, jika keadaan menjadi kritikal pihaknya akan mendapatkan bantuan dari negeri-negeri yang tidak terkesan dengan musibah berkenaan.

Katanya, JBPM negeri turut mengadakan pemantauan di kawasan cerun yang berisiko mengalami tanah runtuh.

“Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama di kawasan banyak cerun iaitu di Gua Musang dan Jeli. Ini adalah antara kawasan tinggi yang perlu diambil perhatian.

“Oleh itu, di peringkat JBPM negeri, kita ada membuat pemantauan dengan kerjasama beberapa agensi yang terlibat dengan melihat dari pelbagai aspek,”ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat