Ubah suai Kompleks Seri Perdana demi imej negara, sambut tetamu- Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana dilaksanakan selepas mengambil kira faktor keselamatan selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberitahu status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri itu kini mencapai tahap 60 peratus setakat 31 Ogos lalu.

“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri.

“Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Ismail Sabri menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status projek berkenaan yang didakwa membabitkan kos sebanyak RM30 juta serta justifikasi projek terbabit.

Perdana Menteri berkata, pengubahsuaian itu merangkumi skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal serta sistem pendingin hawa.

Katanya, ia juga membabitkan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot yang uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat