Mesyuarat Quartet COVID-19 bincang SOP pastikan perjalanan Malaysia keluar pandemik selamat, berjaya – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mesyuarat Quartet COVID-19 yang bersidang hari ini membincangkan status terkini pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh kerajaan bagi memastikan perjalanan Malaysia keluar dari kemelut pandemik COVID-19 dengan selamat dan berjaya.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Hishammuddin dalam perkongsian di Facebooknya memberitahu, Menteri Quartet COVID-19 bermesyuarat untuk kali ketiga hari ini.

Katanya, turut dijemput ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dan Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

“Mesyuarat hari ini menumpukan kepada ‘Reopening Safely’ – persiapan Kementerian Pendidikan Malaysia menjelang pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat Oktober ini serta perkembangan proses penilaian semula terhadap pelaksanaan My Travel Pass oleh Jabatan Imigresen .

“InsyaAllah, setiap yang diperhalusi tadi akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri esok (Rabu),” kata Hishammuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat