Najib syor program digemari rakyat Klinik 1Malaysia, UTC dikembalikan semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi perhatian kepada cara-cara untuk meningkatkan ‘disposable income’ atau pendapatan boleh guna rakyat.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, tidak bermakna jika pendapatan meningkat tetapi kos sara hidup turut sama meningkat.

Kata Najib, program-program digemari rakyat umpamanya UTC, RTC, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain perlu diperkenalkan semula, ditambahbaik dengan melanjutkan waktu operasi dan diperluaskan. Kalau nak dijenamakan semula pun boleh.

“Sebagai contoh Klinik 1Malaysia boleh diperkenalkan sebagai Klinik Keluarga Malaysia.Selain itu, projek infra-rakyat pengangkutan awam mampu mengurangkan kos pengangkutan bulanan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan produktiviti rakyat.

“Sebab itu, usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam yang moden, efisien, mampu-guna dan diyakini atau ‘reliable’ perlu diteruskan,” katanya ketika ucapan perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Najib juga berpendapat selain usaha membina semula hubungan antarabangsa dengan ekonomi-ekonomi besar yang telah terkesan selepas PRU-14, Malaysia perlu menarik semula perhatian dan minat dunia, dengan izin ‘Malaysia needs to excite the world again’.

“Visi, misi dan projek seperti HSR yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN perlu disambung semula mengikut konsep dan perancangan asal.

“Di samping memberi nafas baru kepada koridor selatan semenanjung seperti Iskandar Malaysia, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban dan sebagainya. Semasa pembinaan projek HSR dijangka mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

“Selepas projek HSR siap beroperasi, ia mampu memberi keuntungan ekonomi sekitar USD1.6 bilion setahun mengikut kaji selidik Institute of Developing Economies, Japan dengan syarat landasan perlu dihubungkan dengan Singapura. Menggantikan projek HSR dari Singapura ke Kuala Lumpur kepada KLIA ke Johor Bahru akan menjadikan projek ini tidak ‘viable’ dan akhirnya merugikan negara apabila terpaksa membayar subsidi berbilion-berbilion,” katanya.

Menurut Najib, mengembalikan semula projek HSR kepada perancangan asal juga dapat menghidupkan semula projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion dari segi GDV (Gross Development Value).

“Saya mencadangkan tanggungjawab dan pemilikan projek pembangunan diberikan kepada tabung-tabung seperti KWSP dan PNB. Kedua-dua badan ini terbukti dapat bekerjasama dengan baik sehingga menjayakan pembangunan projek Battersea di London.

“Projek ini juga boleh dijayakan secara usahasama dengan pelabur Singapura memandangkan HSR berhubung dengan negara itu jika KWSP dan PNB berpendapat ianya memberi kelebihan.

“Sekiranya ini berlaku, saya cadang ianya dijenamakan semula sebagai Bandar ASEAN supaya ianya meletakkan Malaysia menjadi pusat kepada ASEAN dalam usaha menarik perhatian komuniti antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu beliau gembira apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberi perhatian kepada pembangunan Sabah dan Sarawak dalam RMK-12 dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjur lebih tinggi berbanding purata Malaysia.

“Namun begitu, saya mencadangkan supaya penekanan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak ini dirangkumkan di bawah konsep ‘Pandang ke Borneo’ yang boleh difahami rakyat serta menarik minat pelabur dunia.

“Teras kedua saya cadangkan pada hari ini ialah membantu rakyat membina kekayaan. Perlu saya jelaskan bahawa usaha ini terbahagi kepada tiga komponen menaikkan pendapatan rakyat melalui ‘active income’, menambah ‘passive income’ dan; meningkatkan ‘disposable income’ dengan mengurangkan kos sara hidup bulanan,” katanya.

Ujar Najib, selain mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji lebih tinggi melalui pertumbuhan ekonomi, dan up-skilling dan re-skilling yang telah digariskan di bawah RMK-12 yang merupakan pendapatan aktif.

“Kita juga perlu membantu rakyat mencipta pendapatan pasif melalui pulangan pelaburan dan simpanan.

“Di sini saya ingin mengulangi saranan yang saya lontarkan DUA minggu lalu di dalam dewan yang mulia ini. Untuk mengambil kesempatan ketika pasaran saham Malaysia sedang antara paling corot dalam dunia pada tahun ini.

“Seperti dimaklumkan oleh penganalisis pelaburan, saya percaya, pasaran saham Malaysia berada di bawah nilai (under valued) berbanding negara-negara lain ketika ini; sementara harga komoditi dan eksport barangan pembuatan negara masih mengukuh.

“Ini juga bermaksud, kita rakyat Malaysia berpeluang untuk sama terlibat dalam pemulihan sektor ekonomi negara kita,” katanya.

Najib memberitahu, pada ketika ini harga saham masih berada pada paras yang rendah, ia bermaksud ada banyak syarikat membayar dividen yang lebih tinggi berbanding caj perkhidmatan sebenar.

“Misalnya, kadar pulangan Simpanan Tetap (FD) cuma 1.9 peratus setahun, manakala kebanyakan saham-saham “bluechip” seperti Tenaga (4.1 peratus), Maybank (5.6 peratus) dan Top Glove (5.7 peratus) diramal mampu membayar dividen yang jauh lebih tinggi.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar bank-bank memperkenalkan produk-produk mesra pembelian saham untuk membiayai sehingga 70 peratus pembelian, dengan hanya kadar caj perkhidmatan sebanyak 3 peratus setahun – ini untuk setiap rakyat yang berhasrat melabur dalam senarai saham di Bursa Malaysia, yang dibenarkan dan disyorkan oleh bank dan penganalisis pasaran.

“Ini samalah seperti skim pinjaman ASB yang sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Najib berkata, rakyat mampu mencipta kekayaan secara jangka masa panjang apabila harga saham naik. Jika tidak naik pun, kadar dividen masih boleh membiayai kos pinjaman bank.

“Bagi menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif, saya juga mencadangkan had maksimum pelaburan ASB dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM400,000.

“Maka, dengan ini, jika seseorang pelabur membuat pelaburan maksimum pada kadar 6 peratus setahun, ini membolehkan pencarum memperoleh pendapatan pasif sehingga RM2,000 sebulan.

“Bagi mencapai matlamat ini, skim pinjaman pembiayaan ASB dan ASM sedia ada, dari bank-bank perlu ditambah baik dengan mengambil kesempatan kadar caj perkhidmatan sebenar bank ketika ini yang paling rendah dalam sejarah, supaya lebih ramai rakyat mampu membuat pelaburan sehingga ke tahap maksima.

“Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta rakyat terpaksa mengeluarkan caruman dari akaun KWSP mereka pada tempoh pandemik ini melalui skim-skim seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang telah saya perjuangkan bersungguh-sungguh.

“Seandainya kerajaan memenuhi tuntutan rakyat untuk menaikkan pengeluaran maksima i-Citra dari RM5,000 kepada RM10,000, maka tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari jalan memulih dan memastikan agar pencarum dengan baki simpanan yang rendah, dapat menambah simpanan mereka dengan cepat. Ini supaya apabila mereka bersara nanti, simpanan di dalam Akaun 1 mencukupi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat