Ubah Suai Kompleks Seri Perdana Ambil Kira Faktor Keselamatan, Imej Negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dilaksanakan setelah mengambil kira faktor keselamatan selain memastikan imej Malaysia dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengubahsuaian itu meliputi skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal serta sistem pendingin hawa dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi.

Proses pengubahsuaian itu turut melibatkan penggantian perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

“Status pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri (Kompleks Seri Perdana) pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan.

“Sehingga 31 Ogos, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status, komponen dan skop yang terlibat dalam projek pengubahsuaian yang dikatakan menelan kos RM30 juta. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat