Dipenjara: Anwar sudah ‘move-on’ dan maafkan, tapi jangan ulang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi ‘kesilapan’ lalu yang boleh menyebabkan kepercayaan terhadap institusi penting negara terhakis.

Ketua Pembangkang itu mengaitkan kes membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terlibat dalam siasatan curi barang kes melibatkan seorang ketua jabatan bernilai AS$6 juta.

“Kita bicara soal keselamatan negara, bagaimana kita boleh jamin negara ini selamat kalau kita tidak tahu insititusi mana yang boleh dipercayai?

“(Ahli Parlimen) Kulim Bandar Baharu (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) sebut pengalaman (ketika itu) Permatang Pauh. Itu tak apa. Saya ni senang, sudah-sudahlah, maafkan dan move on, Tapi janganlah sekarang berlaku lagi,”katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Peristiwa Anwar yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipenjarakan dalam ‘tragedi’ 1998 dikatakan menyebabkan kepercayaan terhadap insititusi kehakiman negara terhakis khususnya dalam kalangan penyokongnya dan penggerak reformis.

Selepas 20 tahun, Anwar bebas daripada episod keluar-masuk penjara dan kembali ke pentas politik pada 2018 setelah mendapat pengampunan penuh yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika itu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kes membabitkan salah laku pegawai SPRM itu perlu dikendalikan dengan lebih bebas demi memastikan penguatkuasaan dan pendakwaan lebih telus.

“Kalau kita ambil tindakan sambil lewa dan tanpa apa-apa kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, bagi saya, ia tidak boleh diterima.

“Patut ada penjelasan, tindakan luar daripada SPRM. Kalau ini yang berlaku kepada SPRM, apa yang hendak diharapkan kepada isu-isu besar lain?

“Oleh demikian, tanpa prasangka kepada sesiapa, pendakwaan harus bebas,”kata Presiden PKR itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat