Seramai 98,867 Peneroka Setuju Lupus Hutang Lapuk- PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 98,867 peneroka atau 86.89 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka menandatangani ‘Perjanjian Penghapusan Pinjaman dan Pengurusan Kebun Antara Felda dan Peneroka’ setakat 31 Ogos.

Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, Ismail Sabri berkata, persetujuan berkenaan melibatkan penghapusan hutang peneroka berjumlah RM7.21 bilion.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) yang meminta kerajaan menyatakan bilangan peneroka Felda yang menandatangani perjanjian untuk mansuhkan hutang lapuk dan jumlah hutang yang terlibat.

Awal Julai lalu,bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Menurut beliau, persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau “restart” Felda.

Berdasarkan inisiatif berkenaan, purata bayaran balik pinjaman dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat