Tarik Lesen Warga Emas Bukan Pendirian Kementerian Pengangkutan – Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada sebarang arahan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu kenderaan mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia bukan pendirian kementerian dan tidak berhasrat menukar akta sedia ada berhubung perkara terbabit.

“Ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat untuk menukar (syarat) kerana kecekapan bukan berdasarkan faktor umur dan kita lihat banyak faktor lain yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

“Kecekapan (pemanduan) adalah berlainan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding individu biasa. Sebab itu tidak boleh ada diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Ka Siong berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu kemalangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta syor berkaitan syarat khas lesen memanduu warga emas.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengesyorkan syarat khas dikenakan untuk pemegang lesen memandu dalam kalangan warga emas sebelum mereka dibenarkan memperbaharui dokumen itu.

Beliau berkata, cadangan memperkenalkan syarat khas itu adalah untuk tujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana, katanya, keadaan kesihatan tubuh badan juga menjadi antara faktor kemalangan dengan penyakit seperti ‘alzheimer’ dan masalah mata akan dihadapi warga emas.

“Kita lihat kes-kes memandu melawan arus sudah menjadi seperti satu trend pula, ada juga kes melibatkan orang tua berusia 60 dan 70 tahun ke atas. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat