12 Lokaliti Rumah Panjang, Tempat Kerja Di Sarawak Dikenakan PKPD

- Advertisement -

KUCHING – Sejumlah 12 lokaliti di Sarawak yang melibatkan rumah panjang dan tempat kerja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada Selasa.

JPBN dalam kenyataannya memaklumkan Rumah Tuntun di Sri Aman, Rumah Libau dan Rumah Kunjan (Pakan) dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 7 Oktober manakala Sarawak Slipways Sdn Bhd (Miri) hingga 8 Oktober.

PKPD di Rumah Gerinching, Rumah Buni dan Rumah Meringai (Sarikei), Rumah Panjang Sigah (Dalat), Rumah Asol (Saratok), Rumah Galing (Kabong) serta Rumah Beti dan Rumah Randi di Entanak bermula dari 29 September hingga 9 Oktober.

Pada Selasa, Sarawak merekodkan sejumlah 2,358 kes baharu Covid-19 dengan 14 individu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan alat pernafasan manakala 2,344 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan hari ini, masing-masing tiga kematian direkodkan antara 9 hingga 24 Sept, enam kematian (25 Sept), lima kematian (26 September) dan dua kematian pada 27 September.

Sementara itu, JPBN turut mengisytiharkan dua kluster tamat iaitu Kluster Paon Rimau di Serian dan Kluster Sungai Sangan di Tatau setelah 28 hari tiada kes melibatkan kluster itu direkodkan, ini menjadikan jumlah kluster yang aktif di negeri ini berjumlah 115 kluster. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat