KUALA LUMPUR- Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 tidak berhasil digagalkan pembangkang hari ini.
Berdasarkan undian belah bahagian undian, sejumlah 125 Ahli Parlimen mengundi bersetuju dengan RUU berkenaan untuk diluluskan pada bacaan kali kedua, dengan 63 mengundi sebaliknya, manakala 32 ahli tidak hadir seorang tidak mengundi.
Jumlah undian itu meranapkan hasrat pembangkang menggagalkan RUU) Perolehan Kerajaan 2025 apabila undi belah bahagian yang dijalankan tidak memihak gabungan itu.
Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, ketika mengendalikan undian terbabit.
Sebelum itu lebih 15 Ahli Parlimen daripada blok pembangkang bangkit memohon undi belah bahagian diadakan sejurus sesi penggulungan RUU itu selesai oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebelum dibenarkan Speaker Dewan Rakyat.
Sidang Dewan rakyat kemudian ditangguhkan selama 10 minit bagi membolehkan Ahli Parlimen kedua-dua blok masuk ke dewan untuk mengundi.



