Inovasi R&D teknologi nuklear memacu ekonomi negara – Dr. Mohd. Nor Azman

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

BANGI – Seiring dengan peralihan semasa ke arah Revolusi Industri 4.0, Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) bidang nuklear berasaskan teknologi digital seperti, Big Data Analytics (BDA), Internet of Thing (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) perlu diperhebatkan merangkumi pelbagai bidang termasuk sektor pertanian, kewangan, kesihatan, pembuatan, kesihatan dan sebagainya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman Hassan berkata demikian pada majlis perasmian program Seminar R&D dan Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2024 di Dewan Tun Dr. Ismail Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) , di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Rosli Darmawan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Seminar R&D dan Hari Inovasi Nuklear Malaysia, Dr. Pa’iza Mohammad Hasan.

Dr. Mohd. Nor Azman berkata, program ini merupakan satu langkah baik dalam mendorong kecemerlangan R&D&C&I sains dan teknologi.

Ianya, selaras dengan matlamat yang terkandung di dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 serta revolusi 4IR.

“Selain meraikan pencapaian dalam penyelidikan serta inovasi, program ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat perkembangan dan aplikasi Sains dan Teknologi (S&T) nuklear kepada masyarakat, terutamanya pemain industri tempatan.

“Hasil penyelidikan dan inovasi yang dijalankan serta interaksi dan pembinaan jaringan kerjasama bersama pelbagai pihak pemegang taruh, ianya dapat membantu dalam usaha untuk penghasilan lebih banyak produk dan teknologi yang bermanfaat kepada masyarakat, ”katanya lagi.

“Selain itu, program ini juga menyokong usaha pembangunan bakat tempatan yang kompeten, berkemahiran tinggi, berdaya saing, inovatif dan produktif.

“Bakat yang kompeten dalam penciptaan dan penghasilan produk dan teknologi baharu ini amat diperlukan bagi memacu pembangunan ekonomi negara yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Menerusi pelaksanaan DTNN 2030, penggunaan teknologi nuklear dalam bidang STIE, dijangka mampu dipertingkatkan sehingga 40% dan seterusnya merangsang peningkatan nilai eksport produk nuklear tempatan kepada sebanyak RM2.403 bilion pada 2030, melibatkan peningkatan tahunan sebanyak 10% berdasarkan pencapaian semasa.

“Sejak ditubuhkan 50 tahun lalu, Nuklear Malaysia telah mengadakan pelbagai program R&D&C&I.

“Kini agensi ini terus melangkah menerajui dan mendokong aspirasi negara menyumbang kepakaran, kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang S&T nuklear,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Nuklear Malaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, terus komited dalam usahanya mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear ke arah mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat, memelihara sumber asli dan alam sekitar.

“Program Seminar R&D dan Hari Inovasi Nuklear Malaysia 2024
menyediakan platform bagi menemukan penyelidik, pencipta, profesional serta pihak industri untuk berkongsi pengetahuan mengenai produk dan hasil R&D.

“Penemuan inovasi dan penyelesaian terkini melalui teknologi nuklear dalam pelbagai sektor dan mendorong kolaborasi kepakaran dan R&D tempatan merentasi pelbagai bidang serta aplikasi sains dan teknologi nuklear.

“Di antara aktiviti utama program ini termasuklah sesi pembentangan 150 topik, hasil penyelidikan oleh penyelidik Nuklear Malaysia, pertandingan dan pameran Anugerah Inovasi Nuklear Kebangsaan 2024 melibatkan 50 hasil inovasi penyelidik Nuklear Malaysia, IPTA dan IPTS,”katanya.

“Selain itu, lawatan teknikal ke beberapa kemudahan dan fasiliti penyelidikan yang terdapat di Nuklear Malaysia, di sini.

“Sesi town hall mengenai DTNN 2030 telah dikendalikan oleh Dr. Mohd. Nor Azman, dan Dr. Rosli bagi memberi penerangan serta mendapatkan maklum balas daripada pihak industri, institusi pendidikan dan penyelidikan serta organisasi bukan kerajaan mengenai hala tuju pelan tindakan yang digariskan di bawah dasar ini, ”kata kenyataan itu lagi . – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat