MPL MY S12: Team Haq Esports Club menang lagi

- Advertisement -

BUKIT JALIL — Team Haq Esports Club (THQ) atau Team Haq telah merangkul kemenangan ketiga menumpaskan pasukan Red Esports dalam Mobile Legends Professional League Malaysia atau MPL MY Musim ke-12 Regular Season.

Team Haq dalam satu kenyataan media berkata, mereka memulakan perjalanan dalam MPL MY S12 dengan mengharungi pusingan kelayakan untuk melayakkan diri ke pusingan Regular Season.

Kemenangan bersih keatas Red Esports pada hari ketiga minggu ke-2 MPL MY S12 ini menjadi penutup yang manis buat Team Haq.

“Persembahan yang baik ditunjukkan oleh kesemua pemain sekaligus berjaya mendapatkan mata penting untuk minggu yang ke-2.

“Kemenangan sebentar tadi mengukuhkan kedudukan Team Haq di tangga kedua carta liga dengan mengumpul 8 mata.
Kemenangan Team Haq ini menunjukkan bahawa kualiti pasukan Team Haq sudah meningkat dengan kemasukan pemain pemain baru seperti Iris, Nuar dan juga Yura,” katanya.

Pada minggu pembukaan Team Haq telah menewaskan pasukan Team Secret dengan skor 2-0 dan juga menewaskan pasukan MPX NSEA dengan skor 2-1.

“Yura merupakan pemain import dari Indonesia merupakan rookie bagi kejohanan ini, namun kualiti yang ditunjukkan sangat memberikan impak yang positif terhadap pasukan Team Haq,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi perjalanan Team Haq masih lagi panjang untuk ke peringkat Play off kerana perlu mengharungi lagi empat minggu permainan.

“Setakat ini, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemain pemain Team Haq diharapkan dapat mara ke pusingan playoffs seterusnya berlawan untuk mendapatkan kan slot kejohanan dunia M5 Mobile Legends World Championship”, katanya.

MPL MY telah berlangsung pada 18 Ogos 2023 di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bagi peringkat Regular Season dan akan tamat pada 24 September 2023.

“Kejohanan ini berlangsung selama enam minggu disertai oleh 10 pasukan Mobile Legends Bang Bang terbaik di Malaysia.

“Pasukan pasukan yang bertanding ialah Team Haq, Todak, Team SMG, HomeBois, Team Lunatix, Selangor Red Giants, Team Secret, MPX NSEA, RSG dan juga Red Esports,” katanya.

Sebanyak 10 pasukan akan bertarung dalam Regular Season, di mana hanya 8 pasukan teratas sahaja akan meneruskan ke peringkat playoffs pada 5 Oktober sehingga Oktober 2023.

Wang kemenangan berjumlah $100,000 akan menjadi rebutan oleh semua pasukan dan turut menawarkan slot ke kejohanan dunia M5 World Championship di Filipina pada Disember ini.

Team Haq yang dibarisi oleh Panda (Gold Laner) sebagai kapten pasukan, Garyy (Jungler), Iris (Exp Laner), Nuar (Roamer), Yuraa (Mid Laner) disamping kakitangan kejurulatihan yang diketuai oleh Amoux akan menentang pasukan pasukan yang lebih veteran pada minggu akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat