Hadis 40 Imam Nawawi: MCA dah faham dan setuju, Gerakan macam mana? – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh lega apabila MCA faham dan bersetuju dengan kaedah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Bagaimanapun, Akmal membangkitkan persoalan kepada Gerakan adakah turut senada dengan MCA atau masih membantah?

“Alhamdulilah MCA dah faham dan bersetuju.

“Gerakan macam mana? Ok ke tu? soal beliau di Facebook, semalam.

Terdahulu,Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kaedah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah perlu diperjelaskan lebih awal supaya tidak terdedah kepada penafsiran yang pelbagai sehingga menimbulkan pelbagai pertikaian khususnya dalam kalangan bukan Islam.

Ka Siong berkata, pertikaian timbul susulan perkataan ‘rintis’ bagi pelaksanaan modul itu seperti yang dilaporkan beberapa media yang membawa konotasi bahawa ia akan diperluaskan kepada sekolah yang selain dari sekolah agama.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, penjelasan perlu dibuat daripada awal memandangkan perkataan ‘rintis’ dan ‘diperluaskan’ yang diguna, membuatkan ramai masyarakat bukan Islam tidak faham kerana penjelasannya dilihat tergantung di situ saja.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dilaporkan, selepas tampil lantang membantah pelaksanaan Modul Penghayatan 40 Hadis Imam Nawawi, Gerakan kini dilihat cuba mengalih tumpuan apabila mendakwa kerajaan gagal memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Kata Dominic, masalah sering dihadapi ketika ini ekoran kegagalan kerajaan dalam proses penerangan sekali gus menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai terutama ibu bapa dan pelajar bukan Islam.

Pada 19 Ogos, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara dengan menyasarkan guru dan murid beragama Islam sahaja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat