Karnival Sains Borneo Siri 2 bermula September ini – Arthur

- Advertisement -

 
KOTA KINABALU — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengukuhkan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi atau STI, dengan mengadakan Karnival Sains Borneo Siri 2 bermula pertengahan bulan September nanti.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, karnival ini diadakan bagi mewujudkan suatu platform yang membolehkan anak-anak muda terutama di luar bandar untuk mencetuskan minat dalam bidang-bidang berasaskan STI.

“Inisiatif ini bagi memastikan usaha yang dibawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah tidak tertumpu ke kawasan bandar sahaja.

“Saya percaya dengan adanya pendekatan sebegini, akan mewujudkan suatu platform yang adil dan saksama bagi membolehkan anak-anak muda di luar bandar untuk mencetuskan minat mereka dalam menceburi bidang-bidang berasaskan STI.

“Pendekatan ini terbukti berjaya apabila sekolah-sekolah yang berasal dari luar bandar seperti Sekolah SMK Sapulut telah menjadi juara dalam kategori Pencetakan 3D di Pertandingan Malaysia Techlympics Peringkat Zon Sabah dan seterusnya mewakili Sabah di peringkat kebangsaan kelak,” katanya .

Jelasnya, inisiatif ini juga dilakukan setelah mendapat reaksi positif selepas mengadakan Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Sabah dengan catatan bilangan pengunjung tertinggi iaitu 23,311 orang.

Ini katanya lebih tinggi berbanding karnival yang diadakan di negeri Johor dan Pulau Pinang yang hanya merekodkan kehadiran sekitar 13 dan 14 ribu pengunjung.

“Karnival yang telah melabuhkan tirainya pada 26 Ogos dengan kehadiran yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menggambarkan penerimaan positif golongan dewasa terhadap STI.

“Jumlah tersebut secara tidak langsung mencerminkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) mempunyai daya tarikan dan berjaya menarik minat kanak-kanak dan para belia di Sabah untuk menguasai bidang STI bagi membolehkan mereka merebut peluang-peluang ekonomi baharu di masa akan datang,” katanya.

Beliau menyeru agar masyarakat terutamanya para ibu bapa, guru dan anak-anak muda untuk mengambil langkah berani dalam mencetus dan menyuburkan minat generasi muda kepada subjek berteraskan sains bagi membangunkan generasi muda yang tidak ketinggalan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat