Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri untuk perkasa Bahasa Melayu

- Advertisement -

BANGKOK: 28 Ogos 2023 – Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand hari ini secara rasmi menubuhkan Kursi Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Penubuhan kursi tersebut diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di sini hari ini.

Kursi itu secara khusus untuk memperkenalkan dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand.

Difahamkan ia merupakan Kursi pertama di institut pengajian tinggi di negara ini yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara tersebut.

“Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.

“Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

“Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat