PM Ucap Tahniah Atas Kejayaan Beregu Badminton Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya mencipta sejarah menjadi pemain pertama negara muncul juara di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kejayaan itu merupakan sejarah baharu buat sukan badminton negara dan menjadi hadiah cukup bermakna sempena Hari Kebangsaan 2022.

“Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara. Tahniah Aaron dan Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022,” kata Perdana Menteri, dipetik dari catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Kejayaan pasangan beregu badminton negara itu sekaligus menamatkan penantian 45 tahun Malaysia untuk meraih gelaran sulung di pentas Kejohanan Dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat