PBM Akan Pertahan Empat Kerusi Parlimen, Kekal Sokong Kepimpinan PM

- Advertisement -

KOTA KINABALU – PBM akan mempertahankan empat kerusi Parlimen yang kini disandang oleh ahli-ahli Parlimennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PBM, Datuk Larry Sng berkata, pada masa ini mereka mempunyai empat kerusi iaitu Ampang, Tebrau, Julau dan Lahad Datu. Jumlah kerusi itu dijangka akan bertambah dengan penyertaan beberapa ahli Parlimen yang akan menyertai PBM pada masa terdekat.

Malah, katanya selain di peringkat Parlimen, mereka turut mempunyai beberapa wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan Perak.

Walau bagaimanapun katanya, pada PRU-15, PBM tidak akan bertanding di semua kerusi sebaliknya, memberi fokus kepada kerusi Parlimen yang mempunyai wakil mereka.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, pada masa ini PBM masih menunggu Barisan Nasional (BN) membuat keputusan mengenai status permohonan mereka untuk menjadi salah sebuah komponen BN.

Namun, PBM kekal dengan pendirian untuk kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan terus bekerjasama dengan kerajaan BN.

Dalam pada itu, Larry berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan pemimpin Parti Kuasa Rakyat ke dalam PBM menerusi kerjasama sebagai rakan strategik untuk menghadapi PRU-15.

“Ini satu perkembangan politik baharu. Biro Politik kita membuat keputusan besar pada minggu lalu untuk menerima rakan-rakan dari Kuasa Rakyat.

“Kita setuju membuat perkongsian kuasa dengan Parti Kuasa Rakyat maka, dalam Persidangan Agung Tahunan Oktober ini, kita akan membuat pindaan Perlembagaan bagi melakukan perkongsian kuasa.

“Malah, kita akan memberi lebih kuasa kepada Sabah dan Sarawak terutama dalam isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Mengulas lanjut katanya, apabila pemimpin-pemimpin Parti Kuasa Rakyat menyertai PBM, formula perkongsian kuasa akan digunakan untuk menawarkan jawatan di dalam parti kepada mereka.

Justeru, perbincangan akan dilakukan bagi melihat kawasan yang boleh membawa wakil baharu bagi mengukuhkan lagi kedudukan PBM. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat