Harga Siling Ayam RM9.40 Sekilogram Kekal, Tak Diapung – Alexander Nanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 sekilogram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata persetujuan dicapai sebulat suara Jemaah Menteri dua hari lalu turut menyaksikan harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran susulan kegusaran ditimbulkan segelintir pihak.

“Perincian berhubung keputusan meneruskan penetapan harga siling bagi ayam standard di seluruh negara akan diumumkan lebih lanjut dalam pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi esok (hari ini),” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi, di sini hari ini.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof, dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di Semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos, memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.

Ini kerana, harga pasaran ayam bulat sekarang berada di bawah siling, malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling ayam standard serta kebenaran mengeksport selepas 31 Ogos ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat