PPIM AGIH SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI DAN LIMO PULAU PINANG

- Advertisement -

Kuala Lumpur –  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengagihkan sumbangan ‘Infaq Rezeki’ kepada pemandu teksi dan LIMO di Pulau Pinang kepada yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos.

Menurut Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri, dana bagi agihan INFAQ REZEKI ini juga merupakan sumbangan dari para penyumbang melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.

Agihan ini di gerakkan oleh Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) kepada sekitar 100,000 penerima manfaat ‘Infaq Rezeki’ bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0). Kami berharap selepas ini lebih ramai pihak yang akan tampil untuk bersama-sama bagi agihan bantuan ‘Infaq Rezeki’, katanya lagi.

Jelasnya lagi, sumbangaan ini adalah lanjutan daripada Program Prihatin Sinergi Infaq Rezeki kepada 200 pemandu teksi pada 24 Julai 2021 di KLIA lalu yang telah berkerjasama dengan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).

Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd, ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan Agihan ‘Infaq Rezeki’ Jelajah Utara Prihatin bermula 27 hingga 30 Ogos 2021 melibatkan agihan sumbangan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Pinang, Jeti Pulau Langkawi, Kompleks Terminal Bas dan Teksi Kangar Perlis dan Terminal Bas Shahab Perdana, Kedah kepada lebih 400 pemandu Teksi dan Limo yang rata-rata terkesan dengan impak pandemik Covid-19.

Sementara itu, Inisiatif ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di mana sebahagian sumbangan merupakan wakalah yang dikembalikan kepada PERKESO hasil Potongan Zakat Berjadual (PZB) anggota setiap bulan.

“PERKESO menyeru pemandu teksi yang seharusnya mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO agar kekal mencarum demi maslahah perlindungan mereka dan keluarga. Saya turut difahamkan bahawa seramai enam (6) pemandu teksi di Perlis yang didapati positif Covid-19 akibat jangkitan daripada penumpang mereka bakal menerima faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS, jelasnya.” kata Ketua Eksekutif PERKESO, Dato Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato Aziz Mohammed.

Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat