Tentera Amerika & Rusia Nyaris Bertembak Di Syria, Helikopter Tempur Turut Terbabit

- Advertisement -

SYRIA: Kenderaan dan helikopter tentera Rusia mengepung kenderaan perisai AS, sehingga didakwa mencederakan tentera Amerika.

Rusia semalam, menyalahkan Amerika Syarikat untuk konfrontasi yang tegang di Syria di mana kenderaan dan helikopter tentera Rusia mengepung kenderaan perisai AS.

Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih berkata dalam satu kenyataan bahawa sebuah kenderaan Rusia melanggar sebuah jentera anti periuk api Amerika di Syria, “menyebabkan kecederaan pada kru kenderaan itu”.

Inikah kenderaan anti periuk api yang dikatakan itu

Kementerian pertahanan Rusia mengeluarkan pernyataan yang mengatakan pihaknya telah memberi amaran kepada pasukan pakatan tentera pimpinan AS sebelumnya bahawa satu ketumbukan tenteranya akan meronda sebuah kawasan di Syria dan memberi amaran kepada pasukan Amerika berhampiran supaya tidak menghalang.

“Walaupun demikian, melanggar perjanjian yang ada, tentera AS berusaha untuk menyekat rondaan Rusia,” katanya, sambil menambah bahawa polis tentera Rusia mengambil “langkah-langkah yang diperlukan” untuk menamatkan insiden itu dan meneruskan misi mereka.

Ketua Staf Tentera Rusia, Valery Gerasimov, memberikan “penjelasan penuh” melalui panggilan telefon dengan Jeneral Mark Milley, ketua Ketua Staf Gabungan AS, kata Moscow.

Video yang dikongsi di Twitter, yang dirakamkan oleh para penonton dan orang Rusia sendiri, menunjukkan kenderaan pengangkut Rusia dan helikopter penyerang, cuba memaksa tentera Amerika keluar dari kawasan itu, berhampiran Dayrick.

Kenderaan kelihatan saling melanggar antara satu sama lain, dan pada satu ketika – mungkin pada awal konfrontasi – salah sebuah helikopter terbang sangat rendah di atas pasukan tentera Amerika yang terhenti, dan secara tidak langsung, menghuru harakan mereka dengan putaran kipas yang kuat.

Tidak ada perincian dari Majlis Keselamatan Nasional Rumah Putih atau Pentagon mengenai berapa kru yang cedera dan sejauh mana seriusnya kecederaan itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Ullyot bagaimana pun berkata, kenderaan AS terlibat adalah sebahagian pasukan rondaan keselamatan gabungan anti-ISIL (ISIS).

Beliau menjelaskan, rondaan itu meninggalkan kawasan tersebut untuk meredakan keadaan. “Tindakan tidak selamat dan tidak profesional seperti ini merupakan pelanggaran terhadap protokol mengelak konflik, yang dipersetujui oleh Amerika Syarikat dan Rusia pada bulan Disember 2019,” kata Ullyot.

Pasukan AS dan Rusia sering bertembung di Syria, tetapi konfrontasi adalah jarang berlaku – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat