Sokongan BN Kepada PN Hanya Libatkan Ahli Parlimen, ADUN – Zahid

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...

PMO Nafi Dewan RM35 Juta Runding Terus

CYBERJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertindak pantas dengan tampil menafikan projek pembinaan sebuah dewan di Parlilmen Pagoh bernilai lebih RM35 juta dibuat secara...

Peruntukan RM35 Juta Untuk Bina Tiga Dewan Di Parlimen Pagoh – PMO

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media hari ini menjelaskan peruntukan RM35.43 juta adalah untuk pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh. Kenyataan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...

Seorang Maut, Dua Lagi Cedera Dalam Letupan Di Kilang

PASIR GUDANG - Seorang jurukimpal maut manakala dua rakannya cedera selepas berlaku letupan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, di sini hari...

TANJUNG MALIM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), hanya melibatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Pengerusi BN itu berkata demikian susulan pengumuman MIC hari ini untuk tidak menyertai PN, namun parti komponen BN itu akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Namun, parti-parti di bawah BN, UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu.

“Ini bererti biarpun PN mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, MIC bukan lagi sebahagian Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di ‘bilik gerakan’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dekat sini, hari ini.

Setiausaha Agung MIC Datuk M. Asojan Muniandy dilapor berkata, parti itu mulanya setuju menyertai pendaftaran PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, calon UMNO dan PBRS akan menggunakan lambang BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

“Ertinya parti-parti yang lain kami tidak merasakan bahawa mereka akan menggunakan lambang BN setakat ini, kerana PN buat pertama kali akan cuba menggunakan lambang itu dalam PRN Sabah,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 Sept manakala penamaan calon pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

PMO Nafi Dewan RM35 Juta Runding Terus

CYBERJAYA - Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertindak pantas dengan tampil menafikan projek pembinaan sebuah dewan di Parlilmen Pagoh bernilai lebih RM35 juta dibuat secara...

Peruntukan RM35 Juta Untuk Bina Tiga Dewan Di Parlimen Pagoh – PMO

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media hari ini menjelaskan peruntukan RM35.43 juta adalah untuk pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh. Kenyataan...

Naib Presiden PAS Positif Jangkitan Covid-19

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan. Memetik laporan dari Malaysiakini,...