Dulu Curi MP, Sekarang Umpan Ahli BN Sindir Khaled Pada Bersatu

- Advertisement -

Cyberjaya – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menzahirkan penghargaan kepada Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC) kerana berani membuat keputusan untuk menarik dari sebagai ahli jawatan kuasa penaja Perikatan National (PN).

Bekas menyeri besar Johor itu menyifatkan keputusan tersebut sebagai tepat sambil menegaskan PN tidak memerlukan parti berasaskan kaum seperti MIC dan Persatuan Cina Malaya (MCA).

“Tahniah MIC kerana membuat keputusan tepat tidak menyertai dalam pendaftaran PN.

“PN yang parti terasnya adalah Bersatu, apabila memutuskan untuk membuka keahlian pada semua kaum sebenarnya tidak memerlukan MIC mahupun MCA,” katanya melalui satu kemaskini di laman Instagramnya sebentar tadi.

Mohamed Khaled berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap pendirian MIC yang mengumumkan untuk tidak menyertai PN.

SuaraTV semalam melaporkan Setiausaha Agungnya, Datuk M Asojan Muniandy, berkata pendirian itu disampaikan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.

MIC mulanya bersetuju menyertai PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama, namun apabila hujung bulan lalu UMNO dikatakan tidak akan menyertai pakatan itu, maka keputusan MIC sebelum ini tidak terpakai.

Seterusnya Mohamed Khaled membidas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan sebagai pencuri.

“Lagipun sebagai parti antara yang terawal dalam komponen BN, wajar MIC bersama UMNO dan MCA terus memperkasakan BN seperti saranan Presiden UMNO.

“Ini kerana BN jenama yang telah teruji. Dulu curi ahli Parlimen, sekarang nak umpan parti gabungan BN pula,” sindirnya pula. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat