Pengundi Dapat Menilai Antara Yang Boleh Mentadbir Dengan Omong Kosong (Video)

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin pengundi di DUN Slim dapat membezakan parti yang dapat mentadbir dengan baik dengan parti yang hanya omong kosong.

Katanya, perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim berjalan dengan lancar memandangkan Pakatan Harapan (PH) tidak mengambil bahagian dalam perebutan kerusi tersebut.

“Insyaallah saya rasa rakyat sudah dapat membezakan parti mana yang mentadbir dengan baik atau parti yang hanya boleh bercakap saja.

“Tapi saya rasa perjalanan kempen PRK DUN Slim sangat selesa, tak ada langsung ketegangan seperti kempen PRK lain, boleh jadi kerana PH tidak mengambil bahagian, maka tidak ada provokasi,” katanya.

Beliau menambah, jentera parti yang melibatkan Pemuda, Puteri UMNO dan Muslimah PAS sedang berusaha membawa keluar seramai mungkin jumlah pengundi untuk memberikan sokongan kepada calon BN,Mohd Zaidi Aziz. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat