Pertama Di Malaysia, Kafe Persis ‘Fujiwara Tofu Shop’ Dalam Initial D Bakal Dibuka Buat Peminat Teruja

- Advertisement -

Apabila sebut Subang, mesti anda sudah terbayang kafe-kafe hipster di sana yang tumbuh bak cendawan terutama sekali ketika rakyat Malaysia tengah hype dengan minuman teh boba.

Bukan mahu bercerita tentang teh boba tetapi kami ingin beritahu satu berita yang bakal buat peminat siri animasi Initial D berasa teruja dan gembira. Mana tidaknya, sebuah kafe iaitu ‘Fujiwara Tofu Shop’  seperti dalam Initial D bakal dibuka di Subang.

Ketika ini, kafe ini masih belum lagi dibuka pada umum dan dijangka akan dibuka pada Oktober 2020. Buat anda yang tidak tahu, Initial D merupakan sebuah siri animasi terkenal yang diadaptasi dari komik mengisahkan tentang perlumbaan jalanan di Jepun.

Kedai asal di Jepun terkenal dengan penjualan aksesori dan mainan kereta tetapi ‘Tofu Shop’ ini juga akan menampilkan kafe berkonsepkan Initial D di mana pelanggan boleh bersantai, minum, makan, dan berbual. Sama-sama kita nantikan pembukaannya.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat