Pengawal keselamatan dipenjara tujuh bulan, tumbuk perut adik perempuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap adik perempuannya dengan menumbuk perut mangsa, tahun lepas.

Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki berumur 21 tahun tersebut selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang merupakan anak sulung daripada enam beradik itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 8 Feb lepas.

Ketika ditanya Majistret sebab tertuduh melakukan perbuatan tersebut dia berkata “tidak ingat”.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas adiknya yang berumur 16 tahun di sebuah rumah di Sungai Besi Jalan Lapangan Permai Off Jalan Istana di sini pada 10.30 pagi, 26 Jun 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum iaitu setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berjalan dari tarikh tangkap.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat