Cucu Tun Mahathir Minta Maaf Kerana Langgar PKPP

- Advertisement -

Cyberjaya – Cucu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka atas tindakannya kerana melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Meera Alyanna Mukhriz, 25 turut mengakui tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah menyusahkan keluarga, rakan dan masyarakat.

“Sejujurnya saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cuai melanggar larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik.

“Saya kesal kerana kecuaian itu sudah menyusahkan keluarga dan rakan saya, serta anda sekalian. Benarlah saya bersalah dan anda patut berasa kecewa tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menzahirkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan anak dan menantunya itu yang ditahan oleh polis di sebuah pub kerana melanggar PKPP.

Presiden Parti Tanah Air (Pejuang) itu berkata telah memberikan nasihat kepada ahli keluarganya supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Saya sudah pesan kepada semua keluarga saya juga musim PKPP ini janganlah langgar kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik dan itu sebabnya saya memang kecewa bahawa pelanggaran tetap berlaku juga.

“Tetapi kita sudah beri teguran dan memang patut dia kena kompaun oleh pihak polis,” katanya.

Bagaimanapun, Mukhriz enggan mengulas lanjut mengenai laporan yang mendakwa anaknya berada dalam keadaan mabuk ketika ditahan.

“Ada pelanggaran SOP PKPP itu sahaja. Jadi, itu kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak tak berkenaan di luar daripada kenyataan rasmi polis, saya tak layan,” tegasnya.

Seterusnya Ally berkata, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadi teladan kepada masyarakat, namun menyedari usahanya itu masih belum memadai.

“Maka, saya mesti dan akan tingkatkan usaha untuk menjadi lebih baik. Saya harap suatu hari nanti, saya dapat membuktikan kepada anda semua, yang saya sudah berjaya,” katanya.

Ally turut memberitahu, pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kesnya itu sudah menjalankan tugas dengan baik, sopan dan adil terhadapnya dan menyanjung sikap profesionalisme ditunjukkan mereka. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat