Penduduk Semenanjung dan Sabah Ke Sarawak Tidak Lagi Perlu Kuarantin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dalam kenyataannya hari ini berkata, kemasukan rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan ke negeri itu tidak lagi perlu menjalani kuarantin berkuatkuasa 1 September ini.

“Semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang masuk ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan dibenarkan tanpa perlu menjalani kuarantin.

“Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki untuk mengisi E-Health Declaration Form (E-HDF),” kata kenyataan itu.

JPBN bagaimanapun menegaskan ujian saringan Covid-19 secara rawak tetap akan dilakukan membabitkan semua laluan masuk udara, darat dan laut.

Bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mahu memasuki Sarawak, JPBN berkata, kuarantin wajib 14 tetap akan dilaksanakan ke atas mereka.

“Semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang balik dari Luar Negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Ujian COVID-19 akan diambil dua (2) kali iaitu pada hari ke-2 dan ke-10. Kos penginapan kuarantin dan kos ujian COVID-19 untuk rakyat Sarawak akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak.

“Manakala bagi bukan rakyat Sarawak (Semenanjung, Sabah, Labuan dan Bukan Warganegara), mereka akan membayar sendiri kos kuarantin dan kos ujian COVID-19,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat