SEREMBAN- Barisan Nasional (BN) hanya akan menamakan calon Menteri Besar Negeri Sembilan selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 1 Ogos nanti.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi menyatakan Umno mempunyai 10 calon terbaik untuk dinamakan sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno, kita mempunyai 10 orang calon dan kita akan kemukakan yang terbaik apabila kita telah melintas jambatan, when we cross the bridge,” jawab Presiden Umno itu ringkas.
Zahid berkata demikian ketika ditanya adakah BN telah berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) siapa calon Menteri Besar Negeri Sembilan mewakili persefahaman politik dua parti itu.


