“Kerusi dan gelaran YB hanya dunia” – Puad sindir Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi dalam nada sinis menyindir Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kerana tidak dicalonkan PAS untuk bertanding mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Puad malah mendakwa, tindakan PAS itu tentunya mengundang sakit hati Annuar.

“Kesian Annuar Musa. Mungkin ramai yang terkejut bila PAS tidak mencalonkan Annuar. Sebenarnya Annuar sahaja yang terkejut.

“Dia boleh bagi apa sahaja alasan. Hati tetap sakit. Tanpa kedudukan dia hilang platform untuk musnahkan Umno. Cakap cakapnya mungkin tidak lagi dipedulikan,” bidas Puad dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

ADUN Rengit itu malah memerli Annuar agar tidak terkilan dengan tindakan PAS memandangkan beliau kini sudah memiliki pahala yang banyak kerana telah menjadi ahli parti Islam.

“Tetapi apakah PAS memang tidak mahu mencalonkannya. Atau ada arahan kepada MB Kelantar agar Annuar tidak dicalonkan? Susah Annuar kalau benar.

“Tetapi Annuar tidak rugi apa apa. Dia ahli PAS. Dia ahli parti Islam. Pahala bertimbun. Kerusi dan YB hanya dunia,” sindir Puad lagi.

Semalam media melaporkan, nama Annuar tiada dalam senarai calon bagi DUN di Kelantan begitu juga di PRK Kuala Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat