MOF sedia segerakan pemberian e-tunai RM100 – Ahmad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan bersedia menyegerakan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemberian kredit e-tunai RM100 kepada rakyat terutamanya membabitkan golongan B40 dan M40.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu suatu berita baik kepada rakyat dan perkembangan terkini mengenainya akan diumumkan dari masa ke semasa.

Menurutnya, pemberian e-tunai ini mengajar dan mendidik rakyat berhadapan dengan ekonomi pendigitalan masa depan iaitu ‘cashless society’ atau masyarakat tanpa tunai.

“Kita bersedia untuk meneruskan e-tunai RM100 kepada 10 juta rakyat yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun iaitu mereka dalam kategori B40 dan M40.

“Ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk kita melatih rakyat berhadapan dengan ‘cashless society’ yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.

“Nampak macam kecil RM100, tetapi konsep ini penting untuk mendidik rakyat demi ekonomi masa depan, itu yang penting,” lapor BH di Shah Alam pada Jumaat.

Selain itu katanya, Kementerian Kewangan juga bersedia melaksanakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bantuan RM200 kepada pesara kerajaan.

“Kedua-dua ini adalah berita baik, ini sebenarnya untuk membantu rakyat dalam usaha meningkatkan ekonomi setempat,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi individu yang tiada aplikasi e-tunai terutamanya warga emas perlu dibantu sama ada ahli keluarga atau pemimpin setempat di kawasan tempat tinggal mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat