Noh cadangkan jual vaksin kepada kerajaan negeri, swasta cepatkan imuniti kelompok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar membangkitkan persoalan kenapa bekalan vaksin tidak dijual kepada kerajaan negeri dan pihak swasta bagi mempercepatkan proses vaksinisasi.

Kata Noh, sekiranya ia tidak menganggu proses vaksinasi kerajaan pusat, kebenaran boleh diberi kepada swasta dan kerajaan negeri membelinya.

“Bulan lepas mereka (Pharmaniaga) terpaksa tolak dua juta, China nak hantar sebab apa? Sebab simpanan yang ada ada selepas beri kerajaan 14.4 juta masih ada hari ini ada 3.2 juta.

“Persoalannya kenapa tidak boleh dijual vaksin ada pada Pharmaniaga?” soalnya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Noh juga mempertikaikan tindakan anak syarikat kerajaan negeri, Selcare yang membeli 800 dos vaksin yang kemudiannya menjualnya RM350 bagi dua dos.

Beliau juga mempertikaikan ada urusan bertindih antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

“Federal ada PICK, Selangor ada Selvax. Ada MySejahtera, Selangor ada Selangkah. Adakah kerana kerajaan negeri bawah PH (Pakatan Harapan) pandai-pandai buat sendiri, akhirnya jadi mangsa, rakyat,” katanya.

Selain itu kata Noh, rakyat Selangor perlu diberi bekalan vaksin lebih memandangkan negeri itu mencatatkan kadar tertinggi dalam wabak Covid-19.

Hal ini ujarnya, mengikut data penerima satu dos vaksin, Selangor baru mencatatkan 40. 8 peratus.

Ia jauh lebih rendah berbanding ‘rakannya yang lain’ di Lembah Klang seperti Putrajaya sebanyak 78.8 peratus dan Kuala Lumpur sebanyak 117.2 peratus.

“Kenapa Selangor rendah terima vaksin? Macam mana boleh berlaku?” soalnya.

Menurutnya, usaha pemberian vaksin perlu diutamakan memandangkan 50 peratus daripada mereka terlibat pandemik datangnya dari negeri itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat