Zephyrus S17 ‘raja’ segala laptop

- Advertisement -

PEMAIN pada masa kini lebih cenderung untuk memiliki laptop memandangkan keupayaan mudah alihnya namun mempunyai keupayaan spesifikasi terbaik untuk bermain apa saja jenis permainan yang memerlukan keupayaan grafik yang tinggi.

ASUS menerusi jenama Republic of Gamers (ROG) miliknya melancarkan Zephyrus S17 yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 generasi ke-10 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 16GB dengan struktur DDR4 pada frekuensi 3200Mhz.

  Laptop siri Zephyrus ini sering mencuri tumpuan pengguna memandangkan pada siri-siri terdahulu ia menawarkan spesifikasi tinggi untuk tugasan pemproses video atau sintesis animasi termasuk memenuhi keperluan hobi seperti melancarkan sebarang permainan.

Memenuhi keperluan berkenaan, ASUS ROG Zephyrus S17 menampilkan ‘raja’ kad grafik dalam segmennya iaitu Nvidia GeForce RTX 2080 Super Max-Q yang berkeupayaan 8GB video memori (VRAM) dengan struktur rekaan DDR6.

Peranti itu juga menggunakan storan 1TB SSD NVMe PCIe dengan paparan 17.3 inci Definisi Penuh (HD) bersama panel IPS untuk kejelasan gambar, video dan tona warna yang lebih mengagumkan berbanding panel skrin lain.

Paling mengagumkan adalah kadar segar semula skrin iaitu menjangkau 300Hz termasuk masa lengah 3ms sesuai untuk semua jenis permainan terutamanya penembak pandang pertama (FPS).

Pengguna tidak perlu bimbang berkenaan suhu peranti itu dalam keadaan kapasiti penuh (full load) kerana ia dilengkapi dengan sistem penyejukan ‘Liquid Metal Cooling’  manakala sambungan WiFi 6 tersedia.

Bagi pembelian kombo, ASUS menawarkan beg belakang ROG, fon kepala ROG Delta, tetikus ROG Gladius II dan beberapa barangan lain.

Selain Zephyrus S17, ASUS turut melancarkan tiga lagi siri sama iaitu Zephyrus S17 dengan kod nama ‘WSHG043T’, Zephyrus S15 dan Zephyrus M15.

Ketiga-tiga laptop berkenaan menggunakan pemproses Intel Core generasi ke-10 dan membezakan setiap variasi adalah padanan kad grafik bermula GTX 1660 Ti sehingga kepada RTX 2080 Super termasuk beberapa padanan spesifikasi lain.

Harga yang ditawarkan bermula RM6,999 hingga RM16,999 mengikut kelas variasi. Siri Zephyrus sememangnya dikenali sebagai laptop berkuasa tinggi.

 

Spesifikasi Zephyrus S17

•Pemproses: Intel Core i7-10875H

•RAM: 16GB

•Storan: 1TB SSD NVMe PCIe

•Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2080 Super Max-Q

•Skrin paparan: 17.3 inci panel IPS

•Kadar segar semula: 300Hz

•Sambungan: WiFi 6 tersedia

•Harga: RM16,999

ASUS ROG Zephyrus S17 (RTX 2080 Super): RM16,999

ASUS ROG Zephyrus S17 (RTX 2070 Super): RM13,999

ASUS ROG Zephyrus S15 (RTX 2080 Super): RM15,999

ASUS ROG Zephyrus M15: RM6999

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat