Ahli UMNO Diminta Bertenang Dan Hormati Keputusan Mahkamah

- Advertisement -

KUANTAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Ahli UMNO serta penyokong bertenang dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi keatas mantan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak dengan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghormati keputusan mahkamah dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka, kata Wan Rosdy.

“Kita simpati dengan nasib Dato Seri Najib Razak, beliau merupakan pemimpin prihatin dan peka terhadap kebajikan rakyat Malaysia sepanjang menjadi Perdana Menteri yang ke-6.

Wan Rosdy juga menasihatkan ahli UMNO dan para penyokong tidak memberi komen-komen berbaur ancaman dan kecaman terhadap institusi perundangan di negara ini. kita mesti percaya sistem di negara ini adalah telus dan berintegriti.

“Berdoalah kepada Allah agar keadilan dapat ditegakkan, dan kebenaran akan menjelma jua. Dato Seri Najib Razak masih ada ruang dan peluang mendapatkan keadilan yang sewajarnya di mahkamah rayuan dan persekutuan nanti, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat