Memahami falsafah Budo

- Advertisement -

MENGENALI falsafah mempertahankan diri, pada umumnya penulis melihat ia sebagai satu bentuk ‘pelindungan’ berbanding menjadikannya satu bentuk ‘provokasi’ mahu menguji kehebatan.

Lebih baik andainya individu yang berniat mahu mendalami atau mempelajari seni mempertahankan diri itu bermula dengan menyelami susur galur sejarahnya.

Seperti mana falsafah seni mempertahankan diri Jepun atau dipanggil Budo, setiap pengamal perlu memahami istilah itu.

Bodu lebih kepada memberi gambaran sebalik seni tempur yang berpaksikan kemahiran untuk melindungi, tetapi dirangkumkan dengan elemen kerohanian dan semangat dalam menjalani kehidupan seharian serta disiplin diri.

Pengamatan itu anda boleh didapati dengan melihat sendiri Pameran The Spirit of Bodu yang sudah bermula sejak 20 Julai lalu sehingga 22 Ogos di Foyer galeri Muzium Negeri Terengganu.

Pameran anjuran Kedutaan Jepun di Malaysia dan Japan Foundation bertujuan memberi gambaran keseluruhan mengenai semangat kepahlawanan Jepun dari teknik bertempur di medan perang hingga ke seni mempertahankan diri.

PAKAIAN seragam (lelaki) untuk Kyudo (memanah). FOTO Ihsan Japan Foundation
PAKAIAN seragam (lelaki) untuk Kyudo (memanah). FOTO Ihsan Japan Foundation

Penolong Kurator Lembaga Muzium Negeri Terengganu Mohd Hafis Che Abdul Rahman berkata, ini antara peluang orang ramai terutama rakyat tempatan dapat melihat secara dekat cara tempur dalam seni mempertahankan diri Jepun yang juga berasal dari tradisi Bushido – cara pahlawan.

“Budo, adalah budaya atau falsafah sebalik beberapa teknik tempur turut berkembang sehingga hari ini seperti Judo, Kendo, Kyudo, Sumo, Karatedo, Aikido, Shorinji Kempo, Naginata dan Jukendo.

“Pengamal mempelajari kemahiran mempertahankan diri sambil berusaha menyatukan minda, teknik dan badan; mengembangkan wataknya; meningkatkan rasa moral mereka, memupuk rasa hormat dan sikap berbudi bahasa.

“Dipraktikkan dengan tekun, sifat-sifat terpuji ini tersemai dalam diri pengamal Budo. Seni itu sendiri boleh difahami lebih kepada kaedah atau amalan kesempurnaan diri yang akan menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan keharmonian dan akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat dunia,” katanya.

Tambah Mohd Hafis lagi, pengunjung boleh menyaksikan sendiri beberapa barangan sering digunakan pahlawan atau samurai dalam memperlihatkan falsafah sebalik gaya hidup pahlawan Budo.

PERISAI Mogamido Haramaki bersama topi perang jenis Suji Kabuto. FOTO Ihsan Japan Foundation
PERISAI Mogamido Haramaki bersama topi perang jenis Suji Kabuto. FOTO Ihsan Japan Foundation

Antara dipaparkan termasuk senjata bersejarah seperti busur dan anak panah, topi keledar dan pakaian perisai serta pelbagai peralatan lagi. Melalui pameran ini juga pengunjung akan memahami perkembangan sejarah seni mempertahankan diri Jepun yang menekankan teknik pertempuran medan perang (bujutsu) beralih kepada sukan yang popular atau latihan fizikal badan dan semangat (budo) dalam masyarakat Jepun kontemporari.

Contoh pakaian perang boleh dilihat adalah topi dikenakan pahlawan terkemuka ketika pengepungan musim panas di Istana Osaka tahun 1614.

Topi bentuk lembu jantan itu sepadan dengan lambang kekuatan haiwan itu. Topi itu tampak ‘tegap’ meskipun diperbuat daripada kayu dan sejenis kertas.

Pihak penganjur menyasarkan pameran itu bakal menerima seramai 6,000 pengunjung dan juga penggemar seni mempertahankan diri dalam tempoh sebulan pameran berlangsung.

RUANG pameran di Muzium Terengganu. FOTO Ihsan Japan Foundation
RUANG pameran di Muzium Terengganu. FOTO Ihsan Japan Foundation

Hairan Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat