Shafie Gesa Henti Main Politik

- Advertisement -

PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa ahli politik negeri itu supaya berhenti daripada bermain politik.

Sebaliknya, beliau mahu supaya semua pihak memberi tumpuan untuk membantu rakyat negeri itu terutama dalam menyelamatkan ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Gesaan tersebut dibuat berikutan spekulasi pertukaran kerajaan negeri yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.

“Kita tidak harus membuang masa dengan terus berpolitik. Sebaliknya keutamaan sekarang ialah memastikan kehidupan rakyat terjamin,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi menangani masalah rakyat di Sabah, dan ia tidak harus dilihat sebagai cara untuk meraih populariti, tetapi untuk menyelamatkan negara.

Minggu lepas, Umno dan parti pembangkang Sabah dipercayai hampir memperoleh sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan beberapa Adun memberitahu bahawa mereka mengubah sokongan.

Kerajaan negeri ketika ini terdiri daripada Warisan, Upko, DAP dan PKR, sementara kerajaan PN di Putrajaya dianggotai oleh Barisan Nasional, PPBM, PAS, GPS dan parti Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat