Pihak Pendakwa atau Saya Akan Bawa Kes Ini Ke Mahkamah Rayuan – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Walau apa pun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sejak hari pertama saya telah kata. Inilah peluang saya untuk membersihkan nama saya.

“Dalam kes yang akan diputuskan esok, saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong keputusan lembaga SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh tunggu empat tahun untuk menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014 dan seterusnya dibelanjakan sepenuhnya untuk kegiatan CSR dan politik,” katanya dala Facebooknya malam ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok,” katanya.

Menurut Najib, dua tahun yang berlalu bagaikan kegelapan dengan permainan politik kotor dan kekejaman Pakatan Harapan (PH) dan hanya dengan sinar daripada sokongan rakyat selama ini yang memberikannya kekuatan untuk bangkit melawan dan mendorongnya terus ke hadapan.

“Terima kasih saudara-saudari.Saya tidak putus asa. Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan. Saya sudah bersedia. I am ready.

“Saya tidak mahu mana-mana kes saya digugurkan seperti kerajaan PH menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng walaupun sudah bermula prosiding di mahkamah.

“Demi DAP dan Guan Eng, undang-undang dan sistem kehakiman dimainkan begitu sahaja oleh PH. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu.

“Saya mahukan keadilan. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat