Perak Cadang Buka Semula Pusat Kuarantin Covid-19

IPOH, 28 Julai — Kerajaan negeri Perak berhasrat untuk membuka semula pusat kuarantin COVID-19 dalam waktu terdekat, sebagai usaha terbaik memerangi penularan wabak itu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengenal pasti beberapa hotel dan kemudahan kerajaan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin berkenaan.

“Kita nak cari jalan untuk pastikan pusat kuarantin ini dibuka semula di hotel atau kemudahan kerajaan yang digazetkan sebelum ini.

“Kita juga berpandangan amat penting untuk adakan pusat kuarantin kerana wabak ini kembali merebak dan ada dalam kalangan orang ramai yang perlu jalani kuarantin masih tidak ikut prosedur operasi standard (SOP) seperti keluar rumah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat negeri, yang turut dihadiri 250 kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sebelum ini, dua stesen kuarantin COVID-19 dibuka di Perak iaitu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan dan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai.

Pada 25 Julai lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menegaskan kebenaran untuk menjadikan hotel sebagai pusat kuarantin COVID-19 bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

Mohd Redzuan turut memaklumkan kebenaran itu dapat membantu pengusaha hotel meningkatkan kadar penghunian susulan kekurangan kedatangan pelancong.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata bayaran akan dikenakan kepada mana-mana individu yang memilih untuk menjalani kuarantin di hotel namun bagi mereka yang tidak mampu berkemungkinan ditempatkan di kemudahan kerajaan.

“Perkara ini kita belum putuskan secara rasmi kerana kita sedang cari jalan untuk pastikan terlebih dahulu pusat kuarantin ini dibuka semula sama ada di hotel atau kemudahan kerajaan yang telah pun digazetkan sebelum ini,” katanya.

Mengenai majlis hari ini, beliau berkata pelbagai program bakal diadakan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan dijalankan secara maya.

— BERNAMA

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Najib mampu pimpin sinar kebangkitan UMNO – Zaini Japar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mampu memberi sinar baharu kebangkitan semula UMNO mengambil kira pengalaman dan kebijaksanaannya memimpin parti dan...

Najib, BN tak bankrapkan negara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta bahawa sepanjang sembilan tahun menjadi Perdana Menteri beliau tidak bankrapkan negara seperti didakwa. Najib menegaskan, jadi...

Serangan Bertali Arus Tak Goyahkan Zahid

KUALA LUMPUR – Mendepani 'mood' panas di saat musuh sibuk mengatur strategi dan menyusun atur perancangan untuk menyerang institusi presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid...