Kes SRC: Najib Masih Di Mahkamah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sehingga pukul 2 petang hari ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berada di Mahkamah.

Selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan menyampaikan keputusannya, ketua pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan supaya rayuan mereka – yang dibuat sebelum hukuman dijatuhkan agar didengar pada Isnin ini.

Bagaimanapun, permohonan Shafee mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram.

Kira-kira jam 12.50 tengah hari Mohd Nazlan menangguhkan prosiding hari ini dan akan bersambung jam 2 petang.

Terdahulu, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.

“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” kata Mohd Nazlan.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat