Kes Najib: Negara Catat Sejarah Sedih – Nazir Hussin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Najib Razak bersalah dalam kes SRC International disifatkan sebagai catatan sedih dalam sejarah politik negara.

Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, keputusan tersebut merupakan risiko yang perlu ditempuh oleh seorang pemimpin negara yang banyak membuat dasar dan polisi berpihak rakyat – akan ada musuh politik yang tidak senang dan akan cuba menjatuhkannya.

“Jika dilihat hampir keseluruhan dana politik yang beliau terima disalurkan untuk kebajikan rakyat.

“Kita terpaksa menerima keputusan Mahkamah ini dengan hati yang berat. Namun percayalah akhirnya Allah jua hakim yang maha adil. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, Nazir percaya bahawa keputusan hari ini tidak akan memadam catatan sejarah pencapaian yang gemilang di bawah kepimpinan bekas perdana menteri ke-6 itu.

“Boleh dikatakan tiada kumpulan rakyat diabaikan oleh pentadbiran Najib Razak. Sama ada bantuan untuk rakyat misin dan kumpulan B40, mahu pun peluang ekonomi dan perniagaan yang lebih baik untuk kumpulan M40 dan T20,” tambahnya.

Najib Razak hari ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat