Will Smith menang lagi selepas 3 bulan kontroversi

- Advertisement -

LOS ANGELES: Watak bapa kepada pasangan pemain tenis tersohor dunia, Venus dan Serena Williams dalam filem King Richard membawa tuah berganda kepada pelakon Will Smith apabila dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi BET Awards 2022, semalam.

Bagaimanapun, Smith tidak hadir menerima trofi kemenangannya pada acara yang berlangsung di Micorosoft Theather itu.

Dengan kemenangannya itu, aktor sensasi itu berjaya menewaskan saingan terdekatnya seperti Adrian Holmes dan Jabari Banks untuk filem Bel Air, Anthony Anderson (Blackish), Damson Idris (Snowfall), Denzel Washington (The Tragedy of Macbeth), Forest Whitaker (The Godfather of Harlem), dan Sterling K Brown (This Is Us).

Terdahulu, menerusi filem sama, Smith turut merangkul trofi Aktor Terbaik, Anugerah Akademi atau Oscar, Anugerah Akademi British (BAFTA) 2022, Anugerah Screen Actors Guild (SAG), Golden Globe, Critics Choice Award dan NAACP Image Award.

Bagaimanapun, kemenangannya pada Anugerah Akademi Ke-94 yang berlangsung Mac lalu dibayangi kontroversi apabila beliau menampar penyampai trofi, Chris Rock.

Insiden di luar skrip itu berlaku ketika Rock menjadikan isteri Smith, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka sebelum mengumumkan pemenang bagi kategori Dokumentari Terbaik.

Sebagai hukuman, penganjur mengambil tindakan melarangnya terbabit dengan sebarang aktiviti organisasi berkenaan selama 10 tahun.

 

Penyanyi duo popular, Silk Sonic memenangi trofi Album of The Year dan Kumpulan Terbaik, BET Awards 2022. – Foto AGENSI

 

Sementara itu, BET Awards yang objektifnya meraikan selebriti dan personaliti kulit hitam dari pelbagai bidang seperti seni, budaya dan sukan itu turut menyaksikan naskhah King Richard mengungguli kategori Filem Terbaik.

Turut cemerlang, pelakon Zendaya yang memenangi trofi Aktres Terbaik menerusi drama bersiri, Euphoria dan filem Spider-Man: No Way Home.

Untuk kategori muzik, album An Evening With Silk Sonic milik gandingan duo popular Silk Sonic yang menampilkan Bruno Mars dan Anderson .Paak dinobatkan sebagai Album of The Year. Penyanyi duo hebat ini turut memenangi kategori Kumpulan Terbaik.

Gandingan mantap Wizkid bersama Justin Bieber dan Tems menerusi lagu Essence turut membawa tuah apabila trio itu memenangi kategori Kolaborasi Terbaik.

Penyanyi The Big Energy, Latto diangkat sebagai pemenang kategori Artis Baharu Terbaik, sekali gus menjadi anugerah terbesar sepanjang kerjayanya sebagai anak seni.

Turut cemerlang adalah penyanyi Pick Up Your Feelings, Jazmine Sullivan apabila dinobatkan sebagai Artis Pop R&B Wanita Terbaik, manakala The Weeknd mengungguli kategori Artis Pop R&B Lelaki Terbaik.

Bagi kategori Artis Hip Hop Wanita Terbaik, kemenangan berpihak kepada Megan Thee Stallion, sekali gus menewaskan nama besar seperti Nikki Minaj, Cardi B dan Doja Cat, manakala trofi Artis Hip Hop Lelaki Terbaik menjadi milik penyanyi yang meledak dengan lagu The Heart part 5, Kendrick Lamar.

Lamar turut merangkul kejayaan berganda apabila video muzik lagu nyanyiannya bersama Baby Keem berjudul Family Ties dinobatkan sebagai Video Of The Year. – AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat