Dikhianati, Johnny Depp tolak watak Jack Sparrow

- Advertisement -

LOS ANGELES: Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp didakwa menerima permohonan maaf syarikat terkemuka, Disney, malah ditawarkan AS$301 juta (RM1.3 bilion) kembali menjayakan watak popularnya sebagai Captain Jack Sparrow menerusi sekeul filem Pirates of the Caribbean yang keenam.

Mengikut laporan New York Post, sumber mendedahkan, Disney kembali berminat menjalin kerjasama dengan Depp dan sudah menghubunginya selepas lima tahun tidak bekerja dengan Disney.

Berikutan kemenangan saman fitnah Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard mendapat publisiti tinggi, awal bulan ini, Disney sanggup mengembalikannya dalam peranan ikonik.

“Disney berminat memperbaiki hubungan dengan Depp. Mereka sangat berharap Depp akan memaafkan dan kembali dengan watak ikonik.

“Mereka menghubungi Depp sebelum perbicaraan fitnah dan bertanya sama ada berminat kembali untuk satu atau dua francais filem Pirates of the Caribbean,” dakwa sumber.

Aktor berusia 59 tahun itu menghidupkan watak Captain Jack Sparrow dalam lima filem sejak 19 tahun lalu, terakhir menerusi filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017.

Namun, Disney menggugurkannya daripada francais keenam dan terakhir berikutan laporan Washington Post pada 2018 atas dakwaan bekas isteri sebagai pendera rumah tangga menyebabkan ikon ‘Edward Scissorhands’ itu kerugian gaji harian hampir RM100 juta.

Bagaimanapun, sebelum peminat teruja dengan berita itu, wakil Depp memberitahu NBC News, gosip yang didedahkan oleh laman gosip popular di Australia, Poptopic itu tidak benar.

Ia berikutan Depp rasa dirinya dikhianati oleh Disney.

 

Depp menghidupkan watak Captain Jack Sparrow dalam lima filem sejak 19 tahun lalu, terakhir menerusi filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017. – Foto AGENSI

 

Sementara itu, tawaran itu dilaporkan akan menyaksikan Depp kembali sebagai Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean 6 dan siri Disney+ spin-off mengenai kehidupan awal Captain of the Black Pearl.

“Apa yang boleh diberitahu, produksi sudahpun membuat draf untuk filem mengenai Jack Sparrow ini. Jadi, mereka sangat berharap Depp akan memaafkan dan kembali sebagai watak ikoniknya,” dakwa sumber itu.

Perkembangan baru itu kembali diperkatakan selepas seorang eksekutif Disney yang tidak dinamakan, membayangkan aktor itu bakal memakai topi tricorn Sparrow sekali lagi berikutan kemenangan kes saman fitnahnya.

“Saya benar-benar percaya dengan keputusan membawa Depp sebagai Captain Jack Sparrow semula.

“Terdapat terlalu banyak harta box-office berpotensi untuk watak dicintai dalam Disney,” kata sumber dalam temu bual dengan Majalah People, awal bulan ini.

Terdahulu, sekitar Mei, penerbit sekeul itu, Jerry Bruckheimer bertanya pada Depp mengenai minatnya untuk kembali membintangi projek akan datang.

Depp memberitahu portal The Sunday Times, dia belum bersedia untuk kembali.

“Tidak, buat masa ini. Masa depan masih belum ditentukan,” katanya.

Komen itu dibuat ketika Depp masih dalam kes perbicaraan melawan Heard. Ketika perbicaraan, Depp berkongsi dia tidak berminat untuk kembali menjayakan francais Pirates of the Caribbean.

Sebelum ini, Depp juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan kembali berlakon dalam filem Pirates of the Caribbean, meskipun dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. – AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat