MyCC sedang menilai laporan penyiasatan kartel dalam industri ayam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi pasukan khasnya sedang menilai laporan penyiasatan mengenai dakwaan kartel dalam industri ayam.

MyCC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan suruhanjaya itu yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan lapan anggota MyCC bersidang semalam untuk pembentangan laporan penyiasatan oleh pasukan khas berkenaan.

Menurut suruhanjaya itu, sekiranya terdapat bukti kartel, keputusan cadangan di bawah Seksyen 36 Akta Persaingan 2010 akan dikeluarkan terhadap pihak berkenaan, namun jika tiada bukti yang menunjukkan unsur-unsur pelanggaran, MyCC akan menutup penyiasatan selaras dengan Seksyen 16 akta sama.

“Setelah keputusan cadangan dikeluarkan, pihak yang berkenaan akan diberi peluang untuk mengemukakan pembelaan mereka melalui representasi bertulis dan/atau lisan kepada MyCC,” menurut kenyataan itu.

Kemudian, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir untuk menentukan sama ada berlakunya pelanggaran atau tidak di bawah Akta Persaingan 2010.

“Sekiranya terdapat pelanggaran, MyCC akan mengenakan penalti kewangan sehingga 10 peratus daripada pusing ganti seluruh dunia dan/atau pengenaan arahan tertentu yang dianggap wajar oleh MyCC,” menurut suruhanjaya itu.

MyCC menubuhkan pasukan khas tersebut susulan arahan daripada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini bagi menyiasat dakwaan kartel dalam industri ayam.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat