Tour De France: Wanita Sebabkan Kemalangan Untuk Masuk TV Berdepan Hukuman Penjara

- Advertisement -

SEORANG wanita berdepan kemungkinan dihukum penjara selama setahun selepas menyebabkan kemalangan yang menjadi antara terburuk dalam sejarah perlumbaan Tour de France.

Pendakwa raya di Brittany, di utara Perancis, pada Ahad memulakan siasatan selepas wanita yang belum dikenal pasti itu dirakam menyebabkan kemalangan pada Sabtu.

Dalam rakaman itu, suspek dilihat tersenyum sambil memegang plakad di depan kumpulan pelumba yang menunggang dari Brest ke Landeneau pada pentas pertama perlumbaan berkenaan.

Wanita itu, yang dikatakan berasal dari Jerman, memandang terus ke arah kamera televisyen dengan membelakangkan pelumba sebelum penunggang dari Jerman, Tony Martin merempuhnya.

Martin terjatuh, sebelum beberapa peserta lain turut terjatuh akibat gagal mengelak Martin, sekali gus menyaksikan situasi yang mengerikan.

Beberapa peserta mengalami kecederaan serius, termasuk seorang lagi pelumba Jerman, Jasha Sutterlin, yang terpaksa menarik diri daripada pertandingan.

“Suspek yang menyebabkan kemalangan ini meninggalkan tempat kejadian sebelum ketibaan pihak berkuasa dan dia sedang diburu,” kata jurucakap pertandingan.

Pendakwa raya mengesahkan mereka telah membuka kertas siasatan atas dakwaan ‘sengaja melanggar peraturan keselamatan dan menyebabkan kecederaan’.

Ia adalah kesalahan yang boleh didakwa di Perancis yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda maksimum £13,000.
Pierre-Yves Thouault, wakil pengarah perlumbaan Tour de France, juga memaklumkan pihak penganjur telah mengemukakan aduan terhadap wanita itu.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat