Sekuel dua drama trending di TV3 disambung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua drama yang mencetuskan fenomena, Sabarlah Duhai Hati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan di TV3 bakal tampil dengan sekuel terbaharu.

Drama Sabarlah Duhai Hati arahan Pali Yahya lakonan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli yang menghiasi slot Akasia pada Ramadan lalu mencapai rating 3.7 juta tontonan, setiap episod. Malah, rekod tertinggi iaitu 4.3 juta tontonan pada episod ke-30.

Karya terbitan Suhan Movies & Trading itu membuai hati penonton dengan perkahwinan yang disangka bahagia hingga ke petang, tetapi berdepan halangan dan rintangan.

Lebih menarik, penonton memuji lakonan Amyra, Saharul dan Izzue Islam kerana menjaga batasan serta tidak bersentuhan sepanjang penggambaran.

Sungguhpun begitu, babak romantis dilakonkan Saharul dan Amyra tetap menusuk kalbu, biarpun adegan bersentuhan.

Malah, lakonan Saharul sebagai Affan dan Amyra (Fira) sentiasa menjadi bualan di platform media sosial.

Ia mengisahkan Fira yang terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya turut membuatkan penonton menitiskan air mata.

Sejak kehilangan orang tua tersayang, Fira menggalas tanggungjawab menjaga adik bongsu, Danish (Aiman Badrul) yang berusia enam tahun.

Tanpa diketahui, Affan sudah lama memendam perasaan terhadap Fira yang juga kawan baik adiknya, Dian (Puteri Sarah Liyana). Pada saat Fira terkapai-kapai mencari dahan untuk bergantung, Affan melamarnya. Di situ, bermulalah episod perjalanan kisah cinta Affan dan Fira yang diduga dengan konflik.

 

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose mendapat sambutan luar biasa dengan rekod tertinggi, 4.4 juta tontonan pada episod tujuh. - Foto TV3
Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose mendapat sambutan luar biasa dengan rekod tertinggi, 4.4 juta tontonan pada episod tujuh. – Foto TV3

 

Sementara itu, drama Kekasih Hati Mr Bodyguard arahan Nizam Zakaria yang bersiaran menerusi slot Lestary pula tular sejak ditayangkan pada 15 Mei lalu.

Bagaimanapun, drama yang menggandingkan Redza Rosli dan Sharifah Rose itu terpaksa dihentikan tayangan sejak 3 Jun lalu berikutan baki penggambaran tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Ia ekoran pelaksanaan Fasa 1, Sekatan Pergerakan Penuh di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia menyebabkan penonton tertunggu-tunggu kesinambungan drama yang sejak awal mencetuskan kontroversi ini.

Biarpun kemunculan Instafamous, Sharifah Rose mendapat kecaman apabila dilabel ‘kayu’ dan tidak pandai berlakon, namun ia tetap tular dalam media sosial.

Malah, berjaya mendapat sambutan luar biasa apabila konsisten mencapai 4 juta tontonan pada setiap episod disiarkan.

Lebih mengujakan, rekod tertinggi iaitu 4.4 juta tontonan pada episod tujuh.

Terhenti pada episod sembilan, peminat tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya kerana pelbagai kejutan akan diberikan dalam sambungan, tidak lama lagi. Ia juga termasuk kemunculan selebriti popular yang akan menyerikan drama berkenaan.

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard mengisahkan Aralyn menjejaki Hadif, bekas pengawal peribadi untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya, Datuk Yusof. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya.

Aralyn cuba mengorek rahsia disimpan Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana sahaja dan membantunya dalam kerja ladang. Biarpun sering bertelagah, namun perasaan cinta mula berputik dalam hati.

Nantikan sekuel dua drama, Sabarlah Duhai Hati dan Kekasih Hati Mr Bodyguard yang menjadi fenomena pada 2021 dengan plot cerita lebih hebat dan mendebarkan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat