KUALA LUMPUR – Kabinet Kerajaan Madani hari ini berdepan dua kekosongan jawatan menteri dan ini menuntut pengisian segera, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.
Gesaan wakil rakyat Pas ini menyusul selepas dua menteri dari PKR mengosongkan jawatan daripada Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran mengakui tidak lagi mempunyai mandat parti apabila kalah dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
“Wajib lantik segera menteri untuk isi dua kekosongan yang berlaku hari ini.
“Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan antara calon paling sesuai,” syor Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Untuk rekod Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramananyang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi satu-satunya pemenang yang bukan penyandang dalam kalangan empat Naib Presiden baharu PKR.
Tiga penyandang itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Hari ini negara dikejutkan dengan pengunduran Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.