Wan Rosdy Rayu Rakyat Pahang Segera Daftar Diri Untuk Suntikan Vaksin Covid-19

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail merayu rakyat Negeri Pahang agar segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan Vaksin di aplikasi MySejahtera.

Katanya, suntikan vaksin ini perlu bagi mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) bagi memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Sekali lagi saya merayu kepada rakyat Pahang di seluruh daerah supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera, bagi mendapatkan suntikan vaksin.

“Ini penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat dengan segera, yang akan turut membantu memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini,” ujar beliau.

Menurut Wan Rosdy, Sehingga kini, peratusan dan jumlah rakyat kita yang telah mendaftar masih rendah, hanya kira-kira 34.6 peratus atau kira-kira 415,000 orang daripada sasaran seramai 1.2 juta orang.

“Ini bukanlah pencapaian yang membanggakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mahu agar sasarannya benar-benar tercapai demi memelihara kesihatan dan manfaat rakyat Pahang seluruhnya.

“Semoga dengan ini, usaha bersama dan tidak jemu-jemu rakyat Pahang untuk #KitaJagaKita demi membendung, seterusnya mengatasi wabak pandemik COVID-19 ini, akan akhirnya berjaya, In Sya Allah,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat