Serendah RM799, Ini Antara Fungsi Redmi Note 10 5G Yang Akan Buat Anda Teruja

- Advertisement -

Memiliki telefon pintar dengan spesifikasi tinggi merupakan impian orang ramai. Apatah lagi, bila ia ditawarkan pada harga mampu milik, makin teruja untuk mendapatkannya.

Maklum sahaja, sekarang ini semua benda kita buat secara dalam talian sahaja. Bukan setakat shopping online, mesyuarat pun kita dah buat secara virtual. Lebih selamat dan mesra SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebab itulah anda kena miliki Redmi Note 10 5G, nak meeting di luar pejabat pun tak jadi masalah. Lagipun saiznya yang kecil dan ringan membuatkan anda mudah untuk bawa model ini kemana-mana.

Redmi Note 10 5G, peneraju utama peranti kelas pertengahan

ezgif-4-4cf40150d5c2

Buat anda diluar sana yang tengah mencari telefon pintar dengan harga mesra poket dan memiliki kemampuan capaian internet 5G, inilah modelnya.

Walaupun, peranti ini merupakan peranti kelas pertengahan tetapi Redmi Note 10 5G menawarkan fungsi dan spesifikasi yang lebih baik berbanding model telefon pintar keluaran syarikat lain.

Paparan visual smooth habis!

redmi-note-10-5g

SUMBER: GSM ARENA

Redmi Note 10 5G,dilengkapi dengan 90Hz 6.5-inci AdoptiveSync DotDisplay yang dapat memberikan paparan visual yang jelas dan smooth semasa anda menonton video, scroll sosial media mahupun ketika sedang bermain game.

Buat kaki filem dan kaki main game diluar sana, anda mesti suka dengan Redmi Note 10 5G ni. Capaian internet 5G membuatkan anda tidak perlu menunggu lama dalam menonton drama kesukaan atau game anda. Pastu visual plak padu. Berbaloi la beli!

Ketahanan bateri yang panjang beserta kamera 48-megapixel

redmi-note-10-2

Bukan itu sahaja, Redmi Note 10 5G juga dilengkapi dengan kamera hadapan 48-megapixel, 2-megapixel kamera makro dan 2-Megapixel depth sensor, mudah anda nak ambil gambar dan hasilnya pun boleh tahan lawa.

Selain itu, peranti Redmi Note 10 5G ini juga memiliki bateri 5,000 mAh dengan kemampuan recharge 18 Watt fast charging. Maka, tak hairanlah kalau Redmi Note 10 5G boleh bertahan lebih daripada 10 jam dengan kegunaan minima tanpa video streaming mahupun gaming.

5edmi-note-10-4

SUMBER: GSM ARENA

Turut dilengkapi dengan Dual 5G Sim dan AI imaging, anda memang tak boleh nafikan yang Redmi Note 10 5G ini merupakan peranti terbaik dengan harga mampu milik yang ada dipasaran.

Bukan itu sahaja, Redmi Note 10 5G turut didatangkan dengan storan dalaman sebanyak 8GB + 128GB dan hadir dalam 4 warna berbeza iaitu Chrome Silver, Graphite Gray, Nighttime Blue dan Aurora Green, semuanya cantik-cantik belaka. Jadi anda pilih la mengikut citarasa anda.

Tambahan pula, sekarang Redmi ada promosi hebat untuk anda semua. Butirannya seperti dibawah. Setiap pembelian Redmi Note 10 5G akan menerima T-shirt Redmi Note 10 5G, Mi True Wireless Earbuds basic dan waranti selama 6 bulan untuk skrin telefon. Serius best!

Untuk pengetahuan, promosi hanya sah sehingga 28 ogos. Penawaran T-shirt percuma hanya diberikan buat pembeli walk-in tertakluk pada terma & syarat, sementara stok masih ada.

redmi-promotion

Berminat nak dapatkan Redmi Note 10 5G? Anda klik sahaja link Xiaomi’s Official Store di Lazada & Shopee dibawah. Bagi anda yang nak usha dulu Redmi Note 10 5G, anda bolehlah singgah di mana-mana outlet Mi di seluruh negara.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat