Nilai Rt Seluruh Negara Turun 5 Hari Berturut – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian seluruh negara menunjukkan penurunan lima hari berturut-turut.

Beliau menjelaskan penurunan itu paling rendah sejak nilai tertinggi direkodkan untuk tahun ini iaitu 1.21 pada Ahad lalu dan kadar 1.18 pada hari sebelumnya.

Melaui infografik yang dikongsikan di Twitter beliau semalam menunjukkan, Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.87 diikuti Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 1.27.

Selain itu Sabah mencatatkan 1.26, Pahang 1.2, Terengganu 1.23 dan Putrajaya 1.20.

Nilai Rt menunjukkan tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat